tapi kalah dengan hati
Dah berkali mencuba
tapi kalah dengan nafsu
Bagaimana?
hati dan otak tak mahu bersatu.
Kadang kadang otak tak mahu berfikir pasal kau,
tapi hati masih sayang.
Bila hati nak kikis kehadiran kau,
tapi otak tak mahu berhenti fikirkan kau bagaimana.
Bila otak mahu lupakan kau,
hati terus memukulku mengatakan part ini paling susah
Nampak hodoh sebab masih berharap.
Entahla, bukan aku yang minta
tapi hati yang susah sangat nak lepaskan kau pergi.
Jadi, aku diamkan.
Biarkan aku selit selit nama kau dalam doa.
Jangan risau,
aku bukan seperti dulu.
Yang bila rindu,
ada text untuk kau.
Bukan.
Aku seorang wanita, maruah perlu dijaga.
Tak patut merayu bagai nak rak.
Kau pun belum tentu jodohku.
Diamkan.
Benda paling bahaya , rindu
Rindu virus yang akan merebak dan merosakkan seluruh organ
dan sampai satu tahap
rindu ni akan buat hati mati.
Hingga tak peduli apa yang ada disekeliling sedang menyayangi
Walau masih ada yang sanggup menghargai, aku akan terus pejam mata dan berpura pura tiada kerana hati sudah dimatikan. aku tidak mahu sesiapa. tiada apa yang aku rasa, yang ada cuma hati yang kosong.
Dan bila itu terjadi, mungkin aku dah kerugian
Berhenti rindu berlebihan.
Walaupun susah, perlu paksa diri mulakan hidup baru.
Berhenti berfikir pasal orang dalam kenangan.
Senyum
Jangan risau, aku masih mencuba.
Mencuba untuk tidak fikirkan kau
Sebab kau sendiri pun dah tak pernah kisah.
*Senyum*
No comments :
Post a Comment