Monday 3 November 2014

ترتيب سلم النجاح


Allah, aku yakin manusia yang kau cipta masing masing ada kelebihannya yang tersendiri. dan juga kekurangan. manusia ni semua pandai semua pandai pandai sebenarnya. yakin sangat yang sebenarnya diri ni boleh dapat boleh berjaya tapi cuma cara belajar tak pernah nak betul. pemalas. cepat putus asa. baru sedar? ye. banyak kali dah sedar. tapi sengaja. sengaja biarkan. habis? bila nak berjaya? lepastu menangis. mengeluh. apa kau dapat ?
Ingat najiha, kalau diri sendiri tak ubah kalau diri sendiri tak usaha, orang lain tak boleh nak tolong kau. mama dengan abah pun takkan mampu tolong kau. 
kalau orang lain yang hidup susah boleh berjaya kenapa aku tak? mungkin rezeki mereka.
kalau orang yang kurang upaya boleh berjaya kenapa aku tak? mungkin itu juga rezeki mereka.
habis rezeki aku? sebenarnya Allah tengah uji. nak tengok mungkin setakat mana usaha aku.
kata mama, lain orang lain cara dorang belajar. mungkin ada yang belajar sikit dah boleh buat dalam exam. tapi aku? mama kata lagi aku kena usaha lebih lagi. jangan samakan kebolehan kita dengan orang.
kadang kadang mengeluh juga. sampai bila?
kenapa nak tahu sampai bila?
ada tak kau tanya diri sendiri?
sampai bila kau nak belajar sampai tengah jalan dan putus asa? sampai bila nak belajar lepastu biarkan di tengah jalan. tak teringin nak habiskan ke?
Allah, jadikan aku manusia yang bersyukur.



Jangan mengeluh.
Yakin dengan ketentuan Allah. Allah tahu apa yang terbaik buat kamu.
jangan pernah putus asa.
Dunia memang untuk kau berpenat penat. 

-pendosa tanpa noktah-


sekian....