Wednesday 10 December 2014

Mimpi

Now playing// cassandra cinta terbaik


Mesti best kalau apa yang kita minta, terus datang duduk depan mata.

Mesti bahagia kalau orang yang kita sayang, ada selalu dengan kita


Lagi bahagia, bila kita menangis Allah ada untuk kita. Allah sentiasa ada untuk kita.

Bahagia.
Semua orang nak bahagia.


Dulu masa kecil kecil, selalu berangan nak jadi dokter tapi diri takut dengan darah.
Minat math tapi bukan sains.

Masuk sekolah menengah tak pernah suka subjek sains. tapi angan angan nak jadi dokter tak pernah hilang.
Masuk tingkatan4 ambil kelas sains tulen tapi tak pernah dapat markah tinggi pun untuk subjek sains
Bila dah habis spm, baru sedar dah silap pilih jalan.

Bila fikir balik, mampu capai cita cita tu dalam mimpi jelah.

Mama selalu cakap, diri tu bukan tak pandai tapi malas nak berusaha.
bila nasi dah jadi bubur baru nak menyesal.


Mama abah, maafkan segalanya. maaf tak dapat jadi anak perempuan macam yang mama abah mahukan.

Tapi akak cuba.

Masih mencuba.


11tahun dah mula kenal cinta monyet, nampak tak bodoh dekat situ?
Selalu nampak salah bila mama abah bagi nasihat.

Sebab keras kepala.

Bila ingat balik rasa nak gelak pun ada, nak marah diri sendiri pun ada semua ada.
Tapi semua dah lepas kan? benda bukan boleh patah balik betulkan semua.
Ingat doraemon boleh buat magik?
Hahaha tak lawak -,-


Diri sendiri tak pernah nak yakin dengan diri sendiri macam mana nak berjaya? tapi nak berjaya.
Paling lemah, bila kena berucap depan orang ramai. Kadang kadang sampai menggeletar.

Sekarang dah masuk kolej, kena berucap dengan bahasa inggeris. haaaaaaaaaaaaaa kelemahan aku makin menjadi lah apalagi.

Tapi abah kata, kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak?



Kalau lah dari kecil boleh record kelemahan aku ni rasanya penuh kad memori.
Dah takada keyakinan diri. tambah lagi dengan mudah putus asa.
Paling menyampah bila sedar diri ni sangat sensetif.

Walaupun perangai kasar, tapi percayalah kalau marah mesti aku menangis.
Tipu kalau tak menangis. Tak payah susah susah nak marah, tinggikan suara je pun dah boleh buat aku menangis. kadang kadang benda kecik je pun tapi tergedik gedik nak menangis juga
Kalau tahan airmata macam mana sekalipun, tolonglah percaya airmata akan mengalir juga pada akhirnya. Sebab aku percaya bila umur 20 tahun nanti pun perangai budak budak ni takkan pernah hilang. kalau boleh hilang itu mungkin satu keajaiban. mungkin?
Mana tahu kan?


Manusia boleh berubah bila bila masa.
kalau manusia boleh berubah bila  bila masa cuba bayangkan hatinya? hati yang tak besar mana sekelip mata boleh ubah segalanya.
Ubah hidup seseorang jadi lebih bahagia atau merana?
Mungkin salah satu .






Hidup baru 18 tahun dah merungut macam macam.
Padahal lagi banyak dugaan nak kena tempuh lepas ni. 

Cuba belajar jadi kuat?

Boleh tapi dalam mimpi.
Boleh. semuanya boleh tapi dalam mimpi.


Entahla. kadang kadang bila fikir balik macam dah malas nak hadap lagi. rasa macam tak nak hidup. tapi mati bukan perkara mudah bukan juga penyelesaian masalah.

So nak tak nak, diri kena jugak berlagak kuat.
Tuhan bagi kita bernafas lagi pada esok hari dan seterusnya sebab tuhan nak bagi peluang untuk bertaubat.

Bayangkan ada orang yang nak hidup, tapi nak bernafas pun menyeksa. 
So? bersyukurlah.


Angka  satu lapan dah nak pergi.
Tahun depan angka lapan akan bertukar kepada sembilan.
Masa berlalu begitu pantas dan takkan berhenti selagi dunia tak kiamat.


Dari dulu hobi suka berangan ni dah jadi satu habit. kalau boleh setiap masa nak tidur nak berangan.
Dahtu sekarang kerap berangan nak kahwin. Hahha ha ha ha

Tapi apa yang pasti, aku akan berusaha untuk tunaikan apa yang mama abah nak.
Tak mustahil kalau mimpi boleh berubah jadi kenyataan.
Tak dapat jadi dokter pun takpelah.
Yelahkan, ada orang masa kecil cita cita macam lain bila dah besar kerja lain.

Rezki masing masing.
Takdir tuhan lebih hebat.




Moga hati terus kekal kuat. moga hati tetapkan niat. moga diri tabah untuk menghadapi segala rintangan. moga otak bersatu dengan hati. moga apa yang ada dalam mimpi berubah menjadi satu realiti. moga airmata yang dikeluarkan bukan sia sia. moga senyuman terus kekal dimulut. moga suatu masa nanti dapat jadi hamba allah yang disayangi moga diri mampu untuk menjadi anak yang solehah untuk mama abah moga dapat jodoh yang baik baik belaka. mogaa semua yang diimpikan menjadi kenyataan.



Tuhan, moga apa yang diimpikan akan aku perolehi.
Terima kasih tuhan untuk apa yang aku ada dan untuk apa yang aku pernah ada.
"Senyum"





....

Strength

I dont know what i was thinking.
There is something that confusing me. What is it mydear self?

Arghhh *let out a long sigh of despair*


I need to save myself from 'something that will destroy myself'

Allah, give me a strength.


I just hate my past sometimes. It haunt me. Always.

Tapi, tuhan dah susun segala galanya. patut ke aku mengeluh?
my past is my lessons. is isn't right?




                                    
Banyak benda yang tak patut jadi.
Banyak sangat.
Terlalu banyak.
Sampai tak sanggup nak teruskan.
Takut pada masa hadapan lagi banyak dugaan perlu dihadapi.
Takut diri tak sanggup nak teruskan.


Tapi tuhan beri dugaan sebab tuhan tahu kita mampu untuk hadapinya.



Tuhan, kirimkan hidayah buat aku. Jauhkan hati ini dari terpesong. Jauhkan diri dari orang yang salah. orang yang mahu gunakan aku.

Tuhan. terima kasih juga kerana hadirkan seseorang dalam hidupku. seseorang yang hadir buat sementara waktu tapi banyak mengajar aku dalam segala hal. Beri dia kebahgiaan ya tuhan.
Moga dia bahagia.


Aku tak patut mengeluh. Patutnya bersyukur sebab Allah dah atur segalanya yang terbaik.


Apa yang dah jadi pasti ada hikmahnya.
Yang tahu cuma Allah. aku? mampu berdoa.
Moga segalanya berjalan dengan lancar.


Takut.
Takut nak hadap tahun depan dan seterusnya. Betul ke aku dah boleh lupa dia?
Entahla. tak pasti.
Tapi takut hati terluka.

Tapi kata sayang?
Patutnya biar dia bahagia. Ya, semestinya.
Kuatkan hati.


Hati, tolong terima segalanya dengan redha Allah
Kita kejar cinta Allah dulu ya.



Nah, cermin untuk diri sendiri sebab suka menangis sebab lelaki.
Malulah sikit.

Allah pandang kau.

Baik menangis sebab Dia.


Haa sedar pun.

Haahhaha.


Okay lepas ni tak menangis dah.

I promise insha'allah and i'll try my best.

Promise to myself to be strong that nothing can describe my peace of mind.
Loot at the sunny side, of everything and make my optimism come true. Think only of the best, work only for the best and expect only of the best,
Forget the mistakes of the past, and press on to the greater achievements of the future. Give so much time to the improvement of myself that i have no time to criticize others.
Live in the faith that the whole world is on my side so long as im true to the best that is in me.
Trust myself and believe in Allah


Jangan menangis. Berhenti merungut. Belajar bersyukur. Belajar redha. Usaha dekatkan diri dengan tuhan. Jangan putus asa jangan putus doa, Allah kan ada?


Belajar untuk menerima yang orang sekeliling kau takkan kekal dengan kau. Dia datang dengan sebab dan dia pergi juga dengan sebab. 

Jangan menangis bila dia dah pergi. Mungkin bukan dia jodoh kau. Mungkin juga Allah nak jarakkan kau  dengan dia buat sementara waktu. Siapa tahu?



Kalau dia jodoh kau, nanti dia datang lagi. 
Okay diri sendiri?

No matter what
once on your life, someone will hurt you. that someone will take all that you are and rip it into pieces and they wont even watch where the pieces land. But through the breakdown, you will learn something about yourself. you will learn that you are strong. And no matter how hard they destroy you that you can conquer anyone.



Allah, tetapkan imanku. tetapkan niatku. 
Jauhkan dari segala kemungkaran. 
Bimbinglah aku supaya aku mampu mengubah diri ini jadi yang terbaik untukMu dan ibu ayahku. Amin ya rabbala'lamin.








.....