Sunday 7 December 2014

Peluang

Pernah suatu ketika Allah uji kau dengan pelbagai dugaan. sampai satu saat diri dah mula putus asa. fikir yang semuanya tak boleh diteruskan.


Pernah suatu masa Allah uji sampai diri jatuh rebah sembah bumi.
Mula nak bangun tapi susah sangat.

Mula sedar diri lemah tanpa Allah.
Mula sedar diri banyak buat dosa,

Tapi bila mula menangis ingat dosa sendiri, tahu tak? Allah dengar doa kau. Allah ada dengan kau . Bukan sekarang tapi sebenarnya dari dulu Allah ada bersama.

Niat kena betul. Istiqomah tu penting.


Allah,
maafkan hambaMu ini.

Hina. ya hina sangat kalau ingat balik dosa yang kita buat. tapi Allah sayang kita. Allah simpan aib kita. Cuba Allah papar balik dosa yang kita pernah buat dekat semua orang dekat dunia ni?
Mahu kau tak menangis?

Tapi Allah sayang. jadi Allah bagi peluang kedua.

Cuba sedar. kalau dari tak pernah pakai pakaian yang tutup aurat boleh ubah sampai pakaian yang kau pakai tu  tutup aurat sebetulnya.

Rugike pakai tudung tutup aurat kau?

Rugi ke kalau pakaian yang kau pakai tu lindung diri kau yang sebetulnya.


Ke kau rasa macam hodoh bila tak boleh nak dedah sana sini dekat lelaki yang bukan muhrim?

ke kau malu bila kau pakai ikut apa yang Allah suruh.
takut orang sekeliling kata kau ni kolot? tak lawa? macam tu?



Hahah.

Tahu tak? lagi malu kalau pakai pakaian yang dedah sana dedah situ. lagi malu bila Allah tanya kenapa tak tutup aurat tapi kau terdiam bisu.

Ke kau nak bagi jawapan dekat Allah yang pakaian menutup aurat ni tak perlu?


Macam tu?


Nak melawa ada cara. Islam tak pernah halang. tapi berpada padalah.


Sebab Allah sayang, sebab tu ramai yang tegur bila kau buat salah.
Jangan salah faham.
Sebab Allah sayang, sebab tu Allah kirimkan hidayah untuk kau.


Ada peluang kedua ni.
Takkan nak lepaskan? masih bernafaskan? tak takut kalau esok mati tapi tak sempat nak bertaubat?
tak takut nak hadap Allah tapi tak bawa bekalan dari dunia ntk akhirat?


Allah tak pernah bebankan hambaNya.
Tapi kita selalu merungut. suka mempertikaikan itu ini.


Tak malu angkat tangan mintak doa mintak nak itu ini dari Allah tapi tak nak solat tapi tak nak tutup aurat tapi tak nak buat baik.

Bila susah bila sedih bila kau sunyi ada manusia lain boleh datang masuk dalam diri kau tenangkan segalanya? ada?

Allah juga kau akan cari. percayalah.


Malulah sikit.


Nak berdoa tak salah. tapi turutlah apa yang Allah minta. tinggalkan lah apa yang Allah larang.
Esok semua benda tu nak tolong dekat akhirat.








Nak jadi baik memang susah. Nak berubah jadi yang lebih baik memang susah. Tapi kalau kau rasa benda tu boleh bantu kau dekat akhirat nanti takkan masih nak anggap semua benda tu susah?
Cuba set benda tu senang.
Boleh?
Cuba dulu dan buat.

Fikir yang susah kau tu boleh bantu dekat akhirat nanti. 

Tak teringinke masuk syurga Allah?
Mesti teringin. kan? tipu lah kalau tak.

Memang. kalau jadi baik, solat cukup apa semua memang belum tentu layak masuk syurga.

Tapi usaha kena ada. takkan asyik nak pertikaikan semuanya. Mana boleh. Umur tak tunggu kau. takkan nanti tengah nazak baru nak terhegeh hegeh mintak taubat?



nah cermin diri sendiri* hulur cermin dekat diri*
ya, aku pun sama juga. mana pernah sempurna. mana pernah lari dari buat salah.
Maaf, aku cuma.............









-pendosa tanpa noktah-






..