Sunday, 14 December 2014

Cuba

Dah berkali mencuba
tapi kalah dengan hati

Dah berkali mencuba
tapi kalah dengan nafsu


Bagaimana?
hati dan otak tak mahu bersatu.

Kadang kadang otak tak mahu berfikir pasal kau,
tapi hati masih sayang.


Bila hati nak kikis kehadiran kau,
tapi otak tak mahu berhenti fikirkan kau bagaimana.


Bila otak mahu lupakan kau,
hati terus memukulku mengatakan part ini paling susah




Nampak hodoh sebab masih berharap.

Entahla, bukan aku yang minta
tapi hati yang susah sangat nak lepaskan kau pergi.

Jadi, aku diamkan.
Biarkan aku selit selit nama kau dalam doa.


Jangan risau, 
aku bukan seperti dulu.

Yang bila rindu,
ada text untuk kau.

Bukan.

Aku seorang wanita, maruah perlu dijaga.
Tak patut merayu bagai nak rak.
Kau pun belum tentu jodohku.


Diamkan.


Benda paling bahaya , rindu
Rindu virus yang akan merebak dan merosakkan seluruh organ
dan sampai satu tahap
rindu ni akan buat hati mati.
Hingga tak peduli apa yang ada disekeliling  sedang menyayangi

Walau masih ada yang sanggup menghargai, aku akan terus pejam mata dan berpura pura tiada kerana hati sudah dimatikan. aku tidak mahu sesiapa.  tiada apa yang aku rasa, yang ada cuma hati yang kosong.

Dan bila itu terjadi, mungkin aku dah kerugian
Berhenti rindu berlebihan.
Walaupun susah, perlu paksa diri mulakan hidup baru.

Berhenti berfikir pasal orang dalam kenangan.


Senyum


Jangan risau, aku masih mencuba.
Mencuba untuk tidak fikirkan kau
Sebab kau sendiri pun dah tak pernah kisah.


*Senyum*




Saturday, 13 December 2014

Fitrah

Suka seseorang dalam diam?
Itu fitrah.

Rindu?
Pun fitrah.

Marah? sedih? semua manusia pernah rasa.


Paling famous, orang bercinta ni.
Tahu sayang, cinta tu fitrah tapi kan lebih baik simpan untuk yang halal nanti?

Senyum.
Jodoh awak tak pergi mana.


Macam mana diri awak macam tu jugalah jodoh yang awak bakal dapat.
Kalau bukan di dunia, akhirat masih ada.



Tak dapat dinafikan,
Kalau sayang seseorang tu mesti nak dia jadi milik kita.


Kita mampu berdoa.
Sebab hati dia milik tuhan


Senyum.



*nah cermin*
Cakap dengan diri sendiri.
Masih berharap dia jadi milik awak?





Entah.




Mungkin ambil masa untuk lupa.

Tapi rasanya sampai bila bila hidup pun, takkan pernah lupa.
Mampu simpan awak jadi kenangan paling terindah.


Moga ada yang lebih baik.
Senyum.



Selamat pergi dan jadi kenangan yang terindah dalam ingatan.



Alhamdulillah.
Moga apa yang dah terjadi kita jadikan pengajaran.


Hati,
moga kita bersatu dan selalu tabah.


Senyum .........





...



Wednesday, 10 December 2014

Mimpi

Now playing// cassandra cinta terbaik


Mesti best kalau apa yang kita minta, terus datang duduk depan mata.

Mesti bahagia kalau orang yang kita sayang, ada selalu dengan kita


Lagi bahagia, bila kita menangis Allah ada untuk kita. Allah sentiasa ada untuk kita.

Bahagia.
Semua orang nak bahagia.


Dulu masa kecil kecil, selalu berangan nak jadi dokter tapi diri takut dengan darah.
Minat math tapi bukan sains.

Masuk sekolah menengah tak pernah suka subjek sains. tapi angan angan nak jadi dokter tak pernah hilang.
Masuk tingkatan4 ambil kelas sains tulen tapi tak pernah dapat markah tinggi pun untuk subjek sains
Bila dah habis spm, baru sedar dah silap pilih jalan.

Bila fikir balik, mampu capai cita cita tu dalam mimpi jelah.

Mama selalu cakap, diri tu bukan tak pandai tapi malas nak berusaha.
bila nasi dah jadi bubur baru nak menyesal.


Mama abah, maafkan segalanya. maaf tak dapat jadi anak perempuan macam yang mama abah mahukan.

Tapi akak cuba.

Masih mencuba.


11tahun dah mula kenal cinta monyet, nampak tak bodoh dekat situ?
Selalu nampak salah bila mama abah bagi nasihat.

Sebab keras kepala.

Bila ingat balik rasa nak gelak pun ada, nak marah diri sendiri pun ada semua ada.
Tapi semua dah lepas kan? benda bukan boleh patah balik betulkan semua.
Ingat doraemon boleh buat magik?
Hahaha tak lawak -,-


Diri sendiri tak pernah nak yakin dengan diri sendiri macam mana nak berjaya? tapi nak berjaya.
Paling lemah, bila kena berucap depan orang ramai. Kadang kadang sampai menggeletar.

Sekarang dah masuk kolej, kena berucap dengan bahasa inggeris. haaaaaaaaaaaaaa kelemahan aku makin menjadi lah apalagi.

Tapi abah kata, kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak?



Kalau lah dari kecil boleh record kelemahan aku ni rasanya penuh kad memori.
Dah takada keyakinan diri. tambah lagi dengan mudah putus asa.
Paling menyampah bila sedar diri ni sangat sensetif.

Walaupun perangai kasar, tapi percayalah kalau marah mesti aku menangis.
Tipu kalau tak menangis. Tak payah susah susah nak marah, tinggikan suara je pun dah boleh buat aku menangis. kadang kadang benda kecik je pun tapi tergedik gedik nak menangis juga
Kalau tahan airmata macam mana sekalipun, tolonglah percaya airmata akan mengalir juga pada akhirnya. Sebab aku percaya bila umur 20 tahun nanti pun perangai budak budak ni takkan pernah hilang. kalau boleh hilang itu mungkin satu keajaiban. mungkin?
Mana tahu kan?


Manusia boleh berubah bila bila masa.
kalau manusia boleh berubah bila  bila masa cuba bayangkan hatinya? hati yang tak besar mana sekelip mata boleh ubah segalanya.
Ubah hidup seseorang jadi lebih bahagia atau merana?
Mungkin salah satu .






Hidup baru 18 tahun dah merungut macam macam.
Padahal lagi banyak dugaan nak kena tempuh lepas ni. 

Cuba belajar jadi kuat?

Boleh tapi dalam mimpi.
Boleh. semuanya boleh tapi dalam mimpi.


Entahla. kadang kadang bila fikir balik macam dah malas nak hadap lagi. rasa macam tak nak hidup. tapi mati bukan perkara mudah bukan juga penyelesaian masalah.

So nak tak nak, diri kena jugak berlagak kuat.
Tuhan bagi kita bernafas lagi pada esok hari dan seterusnya sebab tuhan nak bagi peluang untuk bertaubat.

Bayangkan ada orang yang nak hidup, tapi nak bernafas pun menyeksa. 
So? bersyukurlah.


Angka  satu lapan dah nak pergi.
Tahun depan angka lapan akan bertukar kepada sembilan.
Masa berlalu begitu pantas dan takkan berhenti selagi dunia tak kiamat.


Dari dulu hobi suka berangan ni dah jadi satu habit. kalau boleh setiap masa nak tidur nak berangan.
Dahtu sekarang kerap berangan nak kahwin. Hahha ha ha ha

Tapi apa yang pasti, aku akan berusaha untuk tunaikan apa yang mama abah nak.
Tak mustahil kalau mimpi boleh berubah jadi kenyataan.
Tak dapat jadi dokter pun takpelah.
Yelahkan, ada orang masa kecil cita cita macam lain bila dah besar kerja lain.

Rezki masing masing.
Takdir tuhan lebih hebat.




Moga hati terus kekal kuat. moga hati tetapkan niat. moga diri tabah untuk menghadapi segala rintangan. moga otak bersatu dengan hati. moga apa yang ada dalam mimpi berubah menjadi satu realiti. moga airmata yang dikeluarkan bukan sia sia. moga senyuman terus kekal dimulut. moga suatu masa nanti dapat jadi hamba allah yang disayangi moga diri mampu untuk menjadi anak yang solehah untuk mama abah moga dapat jodoh yang baik baik belaka. mogaa semua yang diimpikan menjadi kenyataan.



Tuhan, moga apa yang diimpikan akan aku perolehi.
Terima kasih tuhan untuk apa yang aku ada dan untuk apa yang aku pernah ada.
"Senyum"





....

Strength

I dont know what i was thinking.
There is something that confusing me. What is it mydear self?

Arghhh *let out a long sigh of despair*


I need to save myself from 'something that will destroy myself'

Allah, give me a strength.


I just hate my past sometimes. It haunt me. Always.

Tapi, tuhan dah susun segala galanya. patut ke aku mengeluh?
my past is my lessons. is isn't right?




                                    
Banyak benda yang tak patut jadi.
Banyak sangat.
Terlalu banyak.
Sampai tak sanggup nak teruskan.
Takut pada masa hadapan lagi banyak dugaan perlu dihadapi.
Takut diri tak sanggup nak teruskan.


Tapi tuhan beri dugaan sebab tuhan tahu kita mampu untuk hadapinya.



Tuhan, kirimkan hidayah buat aku. Jauhkan hati ini dari terpesong. Jauhkan diri dari orang yang salah. orang yang mahu gunakan aku.

Tuhan. terima kasih juga kerana hadirkan seseorang dalam hidupku. seseorang yang hadir buat sementara waktu tapi banyak mengajar aku dalam segala hal. Beri dia kebahgiaan ya tuhan.
Moga dia bahagia.


Aku tak patut mengeluh. Patutnya bersyukur sebab Allah dah atur segalanya yang terbaik.


Apa yang dah jadi pasti ada hikmahnya.
Yang tahu cuma Allah. aku? mampu berdoa.
Moga segalanya berjalan dengan lancar.


Takut.
Takut nak hadap tahun depan dan seterusnya. Betul ke aku dah boleh lupa dia?
Entahla. tak pasti.
Tapi takut hati terluka.

Tapi kata sayang?
Patutnya biar dia bahagia. Ya, semestinya.
Kuatkan hati.


Hati, tolong terima segalanya dengan redha Allah
Kita kejar cinta Allah dulu ya.



Nah, cermin untuk diri sendiri sebab suka menangis sebab lelaki.
Malulah sikit.

Allah pandang kau.

Baik menangis sebab Dia.


Haa sedar pun.

Haahhaha.


Okay lepas ni tak menangis dah.

I promise insha'allah and i'll try my best.

Promise to myself to be strong that nothing can describe my peace of mind.
Loot at the sunny side, of everything and make my optimism come true. Think only of the best, work only for the best and expect only of the best,
Forget the mistakes of the past, and press on to the greater achievements of the future. Give so much time to the improvement of myself that i have no time to criticize others.
Live in the faith that the whole world is on my side so long as im true to the best that is in me.
Trust myself and believe in Allah


Jangan menangis. Berhenti merungut. Belajar bersyukur. Belajar redha. Usaha dekatkan diri dengan tuhan. Jangan putus asa jangan putus doa, Allah kan ada?


Belajar untuk menerima yang orang sekeliling kau takkan kekal dengan kau. Dia datang dengan sebab dan dia pergi juga dengan sebab. 

Jangan menangis bila dia dah pergi. Mungkin bukan dia jodoh kau. Mungkin juga Allah nak jarakkan kau  dengan dia buat sementara waktu. Siapa tahu?



Kalau dia jodoh kau, nanti dia datang lagi. 
Okay diri sendiri?

No matter what
once on your life, someone will hurt you. that someone will take all that you are and rip it into pieces and they wont even watch where the pieces land. But through the breakdown, you will learn something about yourself. you will learn that you are strong. And no matter how hard they destroy you that you can conquer anyone.



Allah, tetapkan imanku. tetapkan niatku. 
Jauhkan dari segala kemungkaran. 
Bimbinglah aku supaya aku mampu mengubah diri ini jadi yang terbaik untukMu dan ibu ayahku. Amin ya rabbala'lamin.








.....









Tuesday, 9 December 2014

Sabar


Umur dah 17, 18 tahun . Tuhan dah serahkan tanggungjawab tanggung dosa sendiri. I means kau dah baligh. dah wajib solat apa semua.

Bohong kalau kau kata kau tak teringin nak bercinta macam orang lain.
Bohong kalau time ni kau tak teringin nak enjoy macam orang lain.

Sebab jiwa kau muda, mesti fikir nak bahagia je.


Tapi cuba fikir, kalau bahagia sekarang nanti sampai bila?
Kalau bahagia, ingat tuhan tak mengapa. tapi cuba bahagia enjoy dekat dunia sampai lupa siapa tuhan? ha macam mana?

mesti bahagia tu takkan kau genggam lama. sebab dunia sementara. akhirat yang kekal selamanya.
Tak takut?

Jangan bersedih. jangan takut sebab Allah cuma nak kau sabar.

Nak happy boleh, usahakan sendiri.

Tapi lagi best kalau dapat happy untuk selamanya.

Nak?

Kena sabar.

Jangan bersedih.

Sebab.........


Yakin dengan Allah. Janji Allah itu pasti

Senyum.

Ada orang expect kesabaran ni memiliki batas. So bila melewati batas, ia dibolehkan bertindak diluar aturan. Tahu tak anggapan ni salah?

Allah ta'ala berfirman : Sesungguhnya hanya orang orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas


Sabar dalam segala hal


Kalau pasal jodoh, apa kata sekrang ni tugas kau jadi anak yang soleh dan solehah dulu untuk ibu ayah.

Kalau jodoh awal alhamdulillah. Tapi kita tak pernah tahu bila, dengan siapa. kan?


Usaha jadi hamba Allah yang taat dan juga anak yang soleh dan solehah.


Sabar.


Jodoh kalau bukan di dunia, akhirat masih ada.

Kalau kau tak rasa bahagia dekat akhirat, kau banyak berkorban sebab nak kejar cinta Allah jangan risau Allah dah simpan kebahgiaan yang kekal ntk kau.


Senyum.

Jangan kejar cinta manusia. sebab cinta manusia belum tentu boleh bagi kau bahagia. belum tentu mampu bagi kau ketenangan.

Yang pasti. bila kau kejar cinta Allah, Allah hadiahkan syurga.
Mahu?


Hadiah Allah berganda. kekal pulak.


Tapi cinta manusia?
kau menangis untuk seseorang yang belum tentu halal buat kau, kau dapat apa?
sakit hati
sengsara
sedih
ada dia tahu?

Allah jugak kau akan cari.

Kan?


Senyum.

Jodoh memang ada. susah susah kau fikir buat apa?
Kau angkat tangan berdoa minta dekat Allah. Allah kan ada?

Nak jodoh yang baik, jangan lupa perbaiki diri supaya jadi yang terbaik.
Tapi kalau nak yang sempurna, maaf.

Memang kau takkan dapat.


Tak mengapa.
Allah kan ada?


Senyum

kalau suka seseorang, minta pada Allah. sebab perasaan sayang tu kan fitrah?
kalau rindu seseorang minta doa pada Allah

Tak perlu luah pun perasaan tu kalau suka. Luah je pada Allah.
Sebab hati manusia milik Allah. Allah yang cipta kita.

okay diri sendiri?


Bersedia?



"ketika kita terlalu banyak masalah, Allah tidak meminta kita mencari jalan keluar dengan penat.  Allah cuma minta kita bersabar dan solat."


Yes

Allah knows


Allah knows youre tired
Allah know it is difficult
for you

But you must also know that Allah would never place you in a situation  that you cant handle.

Sabar tak selalunya  dengan air mata tapi kalau kita tidak cukup kuat untuk menahannya maka menangislah







....................................

Sunday, 7 December 2014

Peluang

Pernah suatu ketika Allah uji kau dengan pelbagai dugaan. sampai satu saat diri dah mula putus asa. fikir yang semuanya tak boleh diteruskan.


Pernah suatu masa Allah uji sampai diri jatuh rebah sembah bumi.
Mula nak bangun tapi susah sangat.

Mula sedar diri lemah tanpa Allah.
Mula sedar diri banyak buat dosa,

Tapi bila mula menangis ingat dosa sendiri, tahu tak? Allah dengar doa kau. Allah ada dengan kau . Bukan sekarang tapi sebenarnya dari dulu Allah ada bersama.

Niat kena betul. Istiqomah tu penting.


Allah,
maafkan hambaMu ini.

Hina. ya hina sangat kalau ingat balik dosa yang kita buat. tapi Allah sayang kita. Allah simpan aib kita. Cuba Allah papar balik dosa yang kita pernah buat dekat semua orang dekat dunia ni?
Mahu kau tak menangis?

Tapi Allah sayang. jadi Allah bagi peluang kedua.

Cuba sedar. kalau dari tak pernah pakai pakaian yang tutup aurat boleh ubah sampai pakaian yang kau pakai tu  tutup aurat sebetulnya.

Rugike pakai tudung tutup aurat kau?

Rugi ke kalau pakaian yang kau pakai tu lindung diri kau yang sebetulnya.


Ke kau rasa macam hodoh bila tak boleh nak dedah sana sini dekat lelaki yang bukan muhrim?

ke kau malu bila kau pakai ikut apa yang Allah suruh.
takut orang sekeliling kata kau ni kolot? tak lawa? macam tu?



Hahah.

Tahu tak? lagi malu kalau pakai pakaian yang dedah sana dedah situ. lagi malu bila Allah tanya kenapa tak tutup aurat tapi kau terdiam bisu.

Ke kau nak bagi jawapan dekat Allah yang pakaian menutup aurat ni tak perlu?


Macam tu?


Nak melawa ada cara. Islam tak pernah halang. tapi berpada padalah.


Sebab Allah sayang, sebab tu ramai yang tegur bila kau buat salah.
Jangan salah faham.
Sebab Allah sayang, sebab tu Allah kirimkan hidayah untuk kau.


Ada peluang kedua ni.
Takkan nak lepaskan? masih bernafaskan? tak takut kalau esok mati tapi tak sempat nak bertaubat?
tak takut nak hadap Allah tapi tak bawa bekalan dari dunia ntk akhirat?


Allah tak pernah bebankan hambaNya.
Tapi kita selalu merungut. suka mempertikaikan itu ini.


Tak malu angkat tangan mintak doa mintak nak itu ini dari Allah tapi tak nak solat tapi tak nak tutup aurat tapi tak nak buat baik.

Bila susah bila sedih bila kau sunyi ada manusia lain boleh datang masuk dalam diri kau tenangkan segalanya? ada?

Allah juga kau akan cari. percayalah.


Malulah sikit.


Nak berdoa tak salah. tapi turutlah apa yang Allah minta. tinggalkan lah apa yang Allah larang.
Esok semua benda tu nak tolong dekat akhirat.








Nak jadi baik memang susah. Nak berubah jadi yang lebih baik memang susah. Tapi kalau kau rasa benda tu boleh bantu kau dekat akhirat nanti takkan masih nak anggap semua benda tu susah?
Cuba set benda tu senang.
Boleh?
Cuba dulu dan buat.

Fikir yang susah kau tu boleh bantu dekat akhirat nanti. 

Tak teringinke masuk syurga Allah?
Mesti teringin. kan? tipu lah kalau tak.

Memang. kalau jadi baik, solat cukup apa semua memang belum tentu layak masuk syurga.

Tapi usaha kena ada. takkan asyik nak pertikaikan semuanya. Mana boleh. Umur tak tunggu kau. takkan nanti tengah nazak baru nak terhegeh hegeh mintak taubat?



nah cermin diri sendiri* hulur cermin dekat diri*
ya, aku pun sama juga. mana pernah sempurna. mana pernah lari dari buat salah.
Maaf, aku cuma.............









-pendosa tanpa noktah-






..

Friday, 5 December 2014

But

*wake up from my dream and suddenly i got a new text from him*

My wrong for expect too much from you. Im sorry eqhmal
I tahu you jenis lelaki yang macam mana thats why i trust you once. Cuma yang salah i
i yang terlalu berharap.



I dream so big and then i fall so hard





I wish i had never to met you not because youre doing bad or anything just nothing. i hate to handle myself about this. im a weak not even strong. never actually.

Then there would be no need to impress you no need to want you no need for loving you
no need for crying over you no need for heartbreaks no need for pain or tears no need for forgotten promises. no need for crying myself to sleep no need for acting like you care no need for everything you have done to make me feel like absolutely nothing.


I need you. because you can make me laugh more than anyone else and i am the best me when i am with you and because you are gone nothing feels right.


But i know i cant get you.


I really hope one day, there's a guy who will love me as abah love my mom. a guy who will staring at  me like you do when youre looking at 'her'.

But you are not easy to forget


when we first met i have no idea you would be so important to me


But now, its back  to the way we started

STRANGERS


you told me for find someone who can takecare of me means a guy like you? i dont think so. maybe i shoud stop hurting myself for loving somenone. stop teaching my heart for being hurt. stop telling myself to be strong for everytimes. no i cant. thats all about you. im a weak!

Can you understand me?

that it is slightly difficult  for me to open to someone because all my life, people leave me. they all just leave...and i have been keeping it inside so long, i cant get close to anyone anymore because like i said i am broken.


But i have no reason to fight for you but a good reason is letting you go.


I love you nope i dont.  I just cant... believe it what kind of this.
" there is no way words or how much tears you cried to describe how a broken heart feels"

And i know i still have Allah.

Allah is eveything. so dont be too silly.


and i still have my dear parents, and friends too


But i just dont know............*sigh*.




Because its time to leave those feeling behind.



Dont compare your love story to those you watch in movies. they are written by scriptwriters,
yours is written by Allah.

And every sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you will never get back



.......









..